Monday

Bila Hidup Terlalu Berkira

Aku nak story skit. Story ni betul betul berlaku kat tempat kerja aku dan depan mata aku.. baru je. Kalau tak salah aku, kejadian ni berlaku pada hari khamis (5 mei 2010) lebih kurang jam 5.30pm.Kisahnya berlaku di antara seorang ketua dengan anak buahnya..

Kisahnya terjadi apabila si ketua tadi bertindak memotong elaun keluar staf bawahannya itu. Si ketua bertindak demikian bersebab. Si anak buahnya pula tak faham. Lalu naik angin tiba tiba, masuk pejabat dengan melulu dan serang si ketua tadi. Macam macam perkataan kesat dan perkataan yang berbau ugutan yang dikeluarkan dari mulut si staf ini tanpa memberi peluang kepada si ketua untuk menjelaskannya. Sedangkan si ketua td tak pernah berkira dengannya. keluar buat hal sendiri dalam waktu pejabat, si ketua ni tak kisahpun.

Terkejut beruk aku bila si staf ni menghentak meja dengan kuat. Tiba tiba je suasana menjadi semakin tegang. Aku apalagi, buat buat tak tahu r. hehe. bukan apa, aku malas nk masuk campur, sebab banyak kerja yang perlu aku siapkan. tapi, aku pun bersedia jugak. Bukan apa, takut jadi aksi wrestling plak. Boleh aku cepat cepat leraikan. Tapi tak jadi plak aksi wrestling. hehe.

Akibatnya dari perbuatan si staf td, si ketua buat keputusan untuk melaporkan perkara tersebut pada pihak atasan. Yang tak tahannya, nama akupun tersenarai sebagai saksi. huhu.. yang ni tak sedap ni. Debgar cerita, si staf ni akan ditukarkan ke selatan semenanjung. Dah eloh elok dapat balik kerja kat kampung, nak tunjuk samseng. sekarang siapa rugi? dah r kene tinggal anak bini nanti.




Tak lama kemudian, akhbar  kosmo Ahad keluarkan artikal Apabila Hidup Terlalu Berkira. Macam perli jerk. hehe. Artikalnya berbunyi (tapi xleh dengar kalau korang tak bace dengan kuat. hehe)


Perangi hasad dengki yang kerap bersarang dalam kalangan orang kita untuk mencapai sesuatu atau hajat. Hati begitu puas jika pesaing atau orang yang didengki itu tersungkur.

Pelbagai cara digunakan untuk memenuhi hajat tersebut, sama ada nampak dengan mata atau sebaliknya. Begitupun, dek kerana diselimuti kehendak yang membara,  si penghasad dengki kerap lupakan hakikat bahawa perbuatannya akan tetap dibalas akhirnya.

Balasan miugkin dalam bentuk tersirat, misalnya musibah yang datang bertimpa timpa, rezeki melimpah tetapi tidak berkat dan sebagainya. Jika pun tidak menerima pembalasan di dunia, ai pasti akan mendapat balasan di akhirat.

Dalam pada itu, ada pula satu kelompok lain yang tebal dengan sikap berkira. Setengah orang menganggap sikap berkira ada "bau bau bacang" dengan sikap hasad dengki. Orang yang terlalu berkira hanya memntingkan diri sendiri tanpa mempedulikan kesukaran atau apa yang nak jadi pada orang lain.

Di persekitaran kita seharian, kita sudah pasti ad mendengar  atau terserempak dengan orang sedemikian yang kerap kali mencerminkan belang sebenar melalui gambaran berikut:


  • "Buat apa aku buat? Bukankah itu kerja dia?"
  • "Masa kerja aku 8 jam dari pukul 9 pagi hingga 5 petang sahaja. Buat apa sukarela nak kerja lebih masa nak senangkan orang lain. Bukan naik gajipun".
  • "cukuplah tu, biarlah orang lain yang bereskan".
  • "Sudah makan, basuh pinggan masing masing".
  • "5 sen pun kene kira. Rugi besar aku nanti".
  • "cukuplah 4 biji kacang dan 3 ekor ikan bilis dalam nasi lemak ni, kalau tidak, rugi nanti".
Pada saya, dialog dialog tersebut merabakkan hubungan antara kita.


Sikap berkiralah yang menjadi batu penghalang kepada hubungan kemanusiaan yang lebih harmoni seterusnya merencatkan kemajuan.kalau semuanya berkira, tiadalah pahala amal jariah seterusnya keberkatan terhadap apa sahaja yang dilakukan dan perolehi.

Perangai suka berkira juga sama ada akan melambatkan atau lebih malang menggagalkan kemajuan. Apakah yang membentuk orang jepun sehingga muncul sebagai bangsa maju? Jawapannya ialah semangat kaizen yang mereka amalkan.

Mengikut kamus dewan, kaizan adalah rahsia pembanggunan bangsa jepun yang merujuk kepada peningkatan yang berterusan. Ia membabitkan kemajuan diri, organisasi san sebagainya demi mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dari masa ke semasa dalam usaha yang dijalankan.

Sudah pasti kaizen tidak memberi ruang kepada sikap suka berkira. Jika sikap suka berkira diamalkan, kaizen tidak akan berjaya. Orang jepun yang mengamalkkan kaizen tidak kisah untuk melakukan tanggungjawab orang lain asalkan matlamat asal dapat dipenuhi.

mereka juga jarang mengungkit atas tanggung jawab tambahan yang dilakukan kerana percaya lambat laun balasan yang baik akan tetap menjelma. Balasan cuma soal masa iaitu lambat atau cepat.  Seorang sahabat bangsa jepun memberitahu saya (si penulis asal) falsafah disebalik semangat kaizen.

Katanya, sesuatu kejayaan tidak pernah terhasil dek kerana usahanya semata mata. ia adala usaha berkumpulan yang saling menyokong antara satu sama lain. Tidak pernah kejayaan yang hebat dicapai melalui sikap berkira terlalu tebal.

pada orang jepun, tiada istilah hasad dengki, tetapi apa yang ada ialah semangat yang tinngi untuk bersaing. Kejayaan menterjemahkan kaizen perlu dilihat sebagai hak kumpulan, bukan individu. pencapaian individu mesti juga diiringi oleh kejayaan bangsa. Justeru saling memahami dan saling membantu adalah sangat penting.

Semasa Kita: nasi lemak yang dijual kini semakin kurang santan nya


artikal dipetik dari Kosmo Ahad 8 mei 2011


Saturday

Kasih Seorang IBU

sempena hari ibu yang akan disambut oleh kita tak lama lagi, sy ad cerita tentang pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.. sama kita ambil pedoman dengan kisah ini..

KASIH IBU BAWA KE MATI

Memang tepat kata2 tu dengan cerita kali ni.. ni cerita benar, bukan rekaan, bukan gurauan. ini betul2 berlaku.. kejadian ni berlaku kt kuala krai, kelantan..
seorang ibu maut kerana menyelamatkn 3 orang anaknya dalam satu kebakaran.. Sungguh terharu bila sy baca berita ni kt dada akhbar kosmo pg td yg bertajuk KASIH IBU BAWA KE MATI. dasyat si ibu.. terkenang kt cik aku kt umah. rase bersyukur  sgt sbb aku dapat merasai kasih seorang ibu walaupun tak pernah merasai kasih seorang ayah.. kalu korang kt kt tempat ank dye, ape korang akn rase? mesti sedih sgtkn? ye r, ibu dh meninggal. tp ni lebih sedih. sebab ibu mati disebabkn selamatkn korang... kalau sy, sy x bleh nk bayangkn.. sy yg bace ni pn dah sedih sgt.

kisahnya bermula apabila api dari arah dapur menyambarnya sewaktu siibu yang bernama Rafidah Ismail dan 3 anaknya sedang berada di ruang tamu rumah.. Rafidah yang panik gagal menjumpai kunci jeriji menyebabkan mereka 4 beranak terperangkap dalam api yang makin marak. Siibu mengambil keputusam memecahkan tingkap rumah dan membengkokkan besi tingkap untuk menyerahkan anknya kepada jiran. namun, beliau tidak sempat diselamatkan dari api yang marak.

apapun, kita sama2 mendoakan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

AL - FATIHAH


Thursday

Asal Usul Hari Ibu





Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.




Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.




Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.




Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.




Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...