Monday

Bila Hidup Terlalu Berkira

Aku nak story skit. Story ni betul betul berlaku kat tempat kerja aku dan depan mata aku.. baru je. Kalau tak salah aku, kejadian ni berlaku pada hari khamis (5 mei 2010) lebih kurang jam 5.30pm.Kisahnya berlaku di antara seorang ketua dengan anak buahnya..

Kisahnya terjadi apabila si ketua tadi bertindak memotong elaun keluar staf bawahannya itu. Si ketua bertindak demikian bersebab. Si anak buahnya pula tak faham. Lalu naik angin tiba tiba, masuk pejabat dengan melulu dan serang si ketua tadi. Macam macam perkataan kesat dan perkataan yang berbau ugutan yang dikeluarkan dari mulut si staf ini tanpa memberi peluang kepada si ketua untuk menjelaskannya. Sedangkan si ketua td tak pernah berkira dengannya. keluar buat hal sendiri dalam waktu pejabat, si ketua ni tak kisahpun.

Terkejut beruk aku bila si staf ni menghentak meja dengan kuat. Tiba tiba je suasana menjadi semakin tegang. Aku apalagi, buat buat tak tahu r. hehe. bukan apa, aku malas nk masuk campur, sebab banyak kerja yang perlu aku siapkan. tapi, aku pun bersedia jugak. Bukan apa, takut jadi aksi wrestling plak. Boleh aku cepat cepat leraikan. Tapi tak jadi plak aksi wrestling. hehe.

Akibatnya dari perbuatan si staf td, si ketua buat keputusan untuk melaporkan perkara tersebut pada pihak atasan. Yang tak tahannya, nama akupun tersenarai sebagai saksi. huhu.. yang ni tak sedap ni. Debgar cerita, si staf ni akan ditukarkan ke selatan semenanjung. Dah eloh elok dapat balik kerja kat kampung, nak tunjuk samseng. sekarang siapa rugi? dah r kene tinggal anak bini nanti.




Tak lama kemudian, akhbar  kosmo Ahad keluarkan artikal Apabila Hidup Terlalu Berkira. Macam perli jerk. hehe. Artikalnya berbunyi (tapi xleh dengar kalau korang tak bace dengan kuat. hehe)


Perangi hasad dengki yang kerap bersarang dalam kalangan orang kita untuk mencapai sesuatu atau hajat. Hati begitu puas jika pesaing atau orang yang didengki itu tersungkur.

Pelbagai cara digunakan untuk memenuhi hajat tersebut, sama ada nampak dengan mata atau sebaliknya. Begitupun, dek kerana diselimuti kehendak yang membara,  si penghasad dengki kerap lupakan hakikat bahawa perbuatannya akan tetap dibalas akhirnya.

Balasan miugkin dalam bentuk tersirat, misalnya musibah yang datang bertimpa timpa, rezeki melimpah tetapi tidak berkat dan sebagainya. Jika pun tidak menerima pembalasan di dunia, ai pasti akan mendapat balasan di akhirat.

Dalam pada itu, ada pula satu kelompok lain yang tebal dengan sikap berkira. Setengah orang menganggap sikap berkira ada "bau bau bacang" dengan sikap hasad dengki. Orang yang terlalu berkira hanya memntingkan diri sendiri tanpa mempedulikan kesukaran atau apa yang nak jadi pada orang lain.

Di persekitaran kita seharian, kita sudah pasti ad mendengar  atau terserempak dengan orang sedemikian yang kerap kali mencerminkan belang sebenar melalui gambaran berikut:


  • "Buat apa aku buat? Bukankah itu kerja dia?"
  • "Masa kerja aku 8 jam dari pukul 9 pagi hingga 5 petang sahaja. Buat apa sukarela nak kerja lebih masa nak senangkan orang lain. Bukan naik gajipun".
  • "cukuplah tu, biarlah orang lain yang bereskan".
  • "Sudah makan, basuh pinggan masing masing".
  • "5 sen pun kene kira. Rugi besar aku nanti".
  • "cukuplah 4 biji kacang dan 3 ekor ikan bilis dalam nasi lemak ni, kalau tidak, rugi nanti".
Pada saya, dialog dialog tersebut merabakkan hubungan antara kita.


Sikap berkiralah yang menjadi batu penghalang kepada hubungan kemanusiaan yang lebih harmoni seterusnya merencatkan kemajuan.kalau semuanya berkira, tiadalah pahala amal jariah seterusnya keberkatan terhadap apa sahaja yang dilakukan dan perolehi.

Perangai suka berkira juga sama ada akan melambatkan atau lebih malang menggagalkan kemajuan. Apakah yang membentuk orang jepun sehingga muncul sebagai bangsa maju? Jawapannya ialah semangat kaizen yang mereka amalkan.

Mengikut kamus dewan, kaizan adalah rahsia pembanggunan bangsa jepun yang merujuk kepada peningkatan yang berterusan. Ia membabitkan kemajuan diri, organisasi san sebagainya demi mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dari masa ke semasa dalam usaha yang dijalankan.

Sudah pasti kaizen tidak memberi ruang kepada sikap suka berkira. Jika sikap suka berkira diamalkan, kaizen tidak akan berjaya. Orang jepun yang mengamalkkan kaizen tidak kisah untuk melakukan tanggungjawab orang lain asalkan matlamat asal dapat dipenuhi.

mereka juga jarang mengungkit atas tanggung jawab tambahan yang dilakukan kerana percaya lambat laun balasan yang baik akan tetap menjelma. Balasan cuma soal masa iaitu lambat atau cepat.  Seorang sahabat bangsa jepun memberitahu saya (si penulis asal) falsafah disebalik semangat kaizen.

Katanya, sesuatu kejayaan tidak pernah terhasil dek kerana usahanya semata mata. ia adala usaha berkumpulan yang saling menyokong antara satu sama lain. Tidak pernah kejayaan yang hebat dicapai melalui sikap berkira terlalu tebal.

pada orang jepun, tiada istilah hasad dengki, tetapi apa yang ada ialah semangat yang tinngi untuk bersaing. Kejayaan menterjemahkan kaizen perlu dilihat sebagai hak kumpulan, bukan individu. pencapaian individu mesti juga diiringi oleh kejayaan bangsa. Justeru saling memahami dan saling membantu adalah sangat penting.

Semasa Kita: nasi lemak yang dijual kini semakin kurang santan nya


artikal dipetik dari Kosmo Ahad 8 mei 2011


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...