Wednesday

PELIK TAPI BENAR


Tapi pelik ke?


Ayam Istimewa.




Bunyinya agak unik! Bagaimanapun, inilah yang berlaku di milayah Jiangsu, China. Seorang penternak ayam terkejut setelah sedar salah seekor ayam betina miliknya cacat. Ayam itu berjalan seperti penguin. Kakinya bereza dari ayam biasa. Kemudiannya beliau mengambil keputusan untuk tidak menjual dan menyembelihnya kerana ianya istimewa. LAIN DARIPADA YANG LAIN.




Beruk Bawa Tuah


Mempunyai bulu putih dan luar biasa menjadikan seekor beruk liar yang ditemui di Narathiwat, Thailand mendapat perhatian ramai. Ada yang mengatakan ia bagai jelmaan hanuman kera putih.





Sebahagian besar penduduk Narathiwatberuk ini boleh bawa tuah kalau dibela. Seorang lelaki yang mengambil pekuang memelihara beruk ini yang ditangkapnya dapat 'durian runtuh'. mana tidaknya, sesiapa yang datamg melihat beruk ini dirumahnya, akan memberikn lelaki ini duit.





Bibir Untuk Kahwin.

Cantik dinilai dari cara berfesyen dan solekan. tapi berlainan pula cerita masyarakat etnik Mursi di Etophia, Afrika. Amalan melubang bibir dan meletakkan piring tanah liat sebesar 4 sentimeter itu dianggap cantik. jika enggan bertindik, kaum lelaki tidak mahu menikahinya seumur hidup.





Budak lelaki Sehebat Kucing.


Kita biasa dengar solekan bermata kucing. tetapi cerita kali ini kisah seorang budak lelaki berusia 5 tahun yang digelar mata kucing. Nong Youhui berasal dari daerah Dahua Selatan, China, mempunyai kemampuan sehebat sang kucing. Dia boleh melihat dengan terang dalam waktu gelap. Ketika berjalan pada waktu malam, dia tidak memerlukan lampu suluh. Nong mempunyai kelebihan pada matanya berbanding adik beradikya yang lain.




Beruang Hilang Bulu.



Hanya tinggal kulit sahaja. Itulah yang terjadi pada beberapa ekor beruang betina yang tinggal di sebuah zoo di Leiping, Jerman. Entah mana silapnya beruang ini kelihatan berbogel apabila bulunya gugur satu persatu sehingga botak. kejadian pelik ini berlaku menyebabkan pengunjung zoo terkejut dan menganggap ia beruang spesies baru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...